# Sejak Liga Juara-Juara Eropah diperkenalkan pada musim 1992/93 bagi menggantikan Piala Eropah, belum ada lagi pasukan yang berjaya memenanginya 2 musim berturut-turut.
# Kemenangan aggregat 21-0 Chelsea ke atas Jeunesse Hautcharage pada UEFA Cup Winners' Cup tahun 1971 merupakan rekod kemenangan terbesar dalam sejarah pertandingan kelab Eropah.
# Arsenal mencipta rekod bolasepak Inggeris apabila berjaya mengharungi 49 perlawanan tanpa kalah termasuk 38 perlawanan liga musim 2003/04, seterusnya menjuarai EPL pada musim tersebut. Rekod sebelum ini dipegang oleh kelab Preston North End pada musim 1888/89 tapi hanya 22 perlawanan liga sahaja yang berlangsung.
# Belum ada lagi pemain England yang berjaya memenangi Pemain Terbaik Dunia semenjak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 1991. Pemain Brazil, Ronaldo merupakan pemenang terbanyak anugerah ini iaitu sebanyak 3 kali (1996, 1997, 2002).
# Pemain AC Milan, Clarence Seedorf mencipta sejarah sebagai satu-satunya pemain bolasepak yang berjaya menjulang 5 Piala Liga Juara-Juara Eropah bersama 3 kelab berbeza. (Ajax Amsterdam - 1995, Real Madrid - 1998, 2000, AC Milan - 2003, 2007)
# Bryan Robson merupakan ketua pasukan paling lama dalam sejarah kelab Manchester United (1982-1994). Beliau juga menjadi ketua pasukan England dari 1982 hingga 1991. Pada tahun 1998, beliau tersenarai dalam Football League 100 Legends.
# Stadium Nou Camp milik FC Barcelona merupakan stadium terbesar di Eropah dan yang ke sebelas di dunia. Ia mampu memuatkan 98,787 penonton dalam satu masa.
# Brazil merupakan negara tunggal yang beraksi dalam setiap pusingan akhir Piala Dunia.
# Pemain Turki, Hakan Sukur merupakan penjaring gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia. Dia hanya memerlukan 10.8 saat sahaja untuk melakukannya semasa beraksi menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.
# Bora Milutinovic, jurulatih kelahiran Serbia (Yugoslavia) merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya membawa 5 negara berbeza ke pusingan akhir Piala Dunia. Negara-negara tersebut adalah Mexico (1986), Costa Rica (1990), Amerika Syarikat (1994), Nigeria (1998) dan China (2002). 4 pasukan bimbingannya berjaya melangkah ke pusingan kedua kecuali China. Tidak hairanlah beliau mendapat gelaran "MIRACLE WORKER".
** Sumber drpd
http://en.wikipedia.org/wiki/Main_Page